Monday, December 28, 2009

ALHAMDULILLAH...MAJLIS REUNION TERLAKSNA SUDAH


Alhamdulillah...Syukur pada Allah, cuma itu yang mampu terucap di saat melihat segala apa yang dirancang dan disusun berjalan lancar mengikut jadual. Kehadiran rakan-rakan yang sekian lama tidak bersua di Dewan Sri Medan tanggal 25 Disember 2009 pada malam itu, bagai sebuah mimpi indah yang terlalu singkat untuk dikongsi bersama semua. Raut wajah guru-guru yang turut serta, menggambarkan betapa mereka juga turut menumpang kegembiraan dan kebanggaan bila melihat dewan penuh sesak dengan bekas pelajar-pelajar mereka yang begitu ramai sehingga tanpa sedar...ada airmata yang menitis walau cuba ditahan..saat kegembiraan berpelukkan bersama rakan yang sekian lama kehilangan.

Pasti di saat usia kian berarak ini, merubah segala penampilan diri dan butir bicara, namun saat KEMBALI BERSAMA AKAR KITA, tidak mungkin terlepas mengimbau kembali cerita yang tertinggal berpuluh tahun lamanya. Aduhai...perasaan yang bercampur baur menyelubungi setiap ruang dewan yang tak terungkap dengan kata-kata. Apakah ini mimpi..? apakah ini nyata?

Perjalanan majlis malam itu sebenarnya terlalu singkat untuk mengupas cerita diri masing-masing yang sekian lama mengasing. Sedaya upayanya saya cuba mendapatkan cerita dari setiap mereka yang hadir, namun maaf saya pohon andai ada yang tidak berkesempatan dan ada yang tercicir. Himpitan detik-detik yang amat berharga itu perginya terlalu pantas untuk saya menemu bual semua AKAR kita..justeru dikesempitan ruang di blog ini, hanya maaf jua yang saya pinta selaku Pengacara.

Setinggi-tinggi penghargaan terrakam khusus untuk pencetus asal idea majlis ini, Saudara Roslan Mohd Salleh dan Saudara Zainudin Adnan...tanpa langkah pertama dari anda berdua, mana mungkin ada yang mahu memulakannya. Jutaan Terimakasih buat semua barisan Jawatankuasa penaja, semua AKAR yang hadir bersama, sesungguhnya setiap sumbangan yang kalian beri, amat-amat kami hargai dan pasti terpahat kukuh dalam hati.

Simpanlah setiap detik pertemuan malam itu sebagai satu dalam sejuta mimpi indah yang entah bila lagi kan menjelma. Melihat raut wajah rakan-rakan lama...andai mampu saya tuliskan nama anda semua...andalah AKAR kita yang paling berharga buat berkongsi cerita di hari tua, buat dikongsi bersama anak-anak semua...pasti mereka juga bertanya, kenapa malam itu, ayah ibu terlalu gembira. Terimakasih kepada anak-anak AKAR kita yang turut serta, semoga kalian juga punya rasa yang boleh dibahagi bersama tatkala nanti, tiba masanya.

Saya berhenti seketika dulu...mohon izin berundur diri untuk memberi ruang kepada rakan-rakan lain memberi komen, pandangan, buah fikiran dan halatuju dari sebuah pertemuan selepas 25-28 tahun ini. Sekali lagi kepada semua yang hadir...terimakasih teman. KITA TELAH KEMBALI KEPADA AKAR KITA setelah sekian lama walau hanya seketika. Kepada yang tidak berkesempatan bersama, maafkan kami andai tidak sampai menerima undangan dan berita, sesungguhnya kami mahukan kalian semua...untuk kembali kepada AKAR kita.

Semoga diizinkan ALLAH untuk bertemua di lain ketika.

Salam takzim dari saya;

Jais Jamil - UTM , Skudai. 017-7663164

jaisjamil.blogspot.com












7 comments:

  1. salam..
    tahniah kang jamil krn telah menghidupkan majlis sehingga kami terlupa utk merakam gambar kemeriahan pada majlis tersebut..

    ReplyDelete
  2. Apa da...Jamil tu bapak aku daaa...aku nama Jais daa..heheheh..buar correction 100 kali.

    ReplyDelete
  3. sorry la kang jais...tu la sedap sangat suara..

    ReplyDelete
  4. Tahniah pada semua yang menganjurkan dan menyertai majlis tersebut. Aku dapat perkhabaran ni dari Sheikh Husin. Lain kali ada majlis seumpama ini jangan lupa menjemput aku.

    Melihat gambar di atas tu, aku masih boleh perasan sekor sekor. Tapi Acit tu aku tak perasan mula-mula. Jamsari pun rasanye tak ingat sapa dia. Bahrom dengan Jaidi masih macam 25 tahun dulu. Tak tua tua ke diorang ni.

    ReplyDelete
  5. Melihat gambar di atas pasti ada yang "meninggalkan kesan mendalam" he..he,,

    ReplyDelete
  6. Mau tak dalam Bro...brapa lama tak jumpa. Awek-awek idaman masa doludolu..dah jadik mak orang beb! Hehehe..apapun tengkiu pada semua yg hadir.

    ReplyDelete
  7. TAK PE DAH JADI MAK ORNG...MANA TAU SALAH SORANG DARIPADA KITA ADA YNG BERBESAN PULAK NANTI...AMINNN..

    ReplyDelete