Kalau diwaktu puncak kemeriahan bersekolah dulu, dalam tahun 1983 di mana kami dalam tingkatan 3. Segala adegan yang pernah terakam dalam lipatan sejarah 83 itu kembali memenuhi ruang-ruang awal perbualan kami malam itu, sambil-sambil bertanya khabar dan cerita tentang keluarga masing-masing. Kisah kelas 3P1 dan 3P2 adalah satu rentetan cerita yang amat panjang , terbahagi kepada beberapa plot dan slot. Masing-masing ada kenangan terindah untuk dikongsi kembali di waktu usia kami cukup dewasa ketika ini. Dalam kerancakkan berbual dan ketawa pada malam itu, kami sedar ada agenda yang jauh lebih utama dari mengimbau apa yang telah berlaku, apa yang sudah berlalu. Kami memulakan pebincangan mengenai beberapa perancangan yang akan dilaksanakan sebagai aktiviti REUNION kami. Maka kami semua bersetuju membentuk Jawatankuasa Penaja Reunion SMKSM8185, dan tanpa sebarang keraguan kami sebulat suara melantik Sdr. Azham Ahmad sebagai Pengerusi, Sdr. Jaidi Samingan sebagai Timbalan Pengerusi serta Sdr. Nabil Dasar sebagai setiausaha/Bendahari. Segalanya jadi mudah sekiranya sepakat dan Apa yang penting...? ...KERJASAMA! Selain itu kami membahagikan beberapa tugas kecil kepada semua , iaitu untuk mencari dan mengumpulkan seberapa ramai rakan-rakan seperjuangan bagi merealisasikan REUNION SMKSM8185, bukan mudah...tapi tak susah. Zaman serba maju ini, maklumat di hujung jari, Insyallah akan ditemui.
Saya yang dipertanggungjawabkan membina Blog sebagai One Stop Centre bagi menyalurkan maklumat terkini kepada rakan-rakan lain serta melakar Cadangan Banner bagi digantungkan di Pekan Sm dan inilah hasilnya dari seorang yang kurang mahir. Akhirnya, di hujung malam itu, kami membuat kutipan ikhlas sebagai Tabung Asas REUNION SMKSM8185, Alhamdulillah! RM 300 berjaya dikumpulkan dan diserahkan dibawah tugas Sdr. Nabil...fikirlah sendiri Bil!
Sdr. Azham memimpin bacaan doa penutup dan kemudian mereka semua bersama-sama menziarahi sahabat kami yang sedang sakit, iaitu Sdr. Zaki Sapri, yang mana beliau menderita penyakit Lumpuh selama hampir 5-6 tahun. Semoga beliau redha dan tabah dalam mengahdapi ujian Allah.
Tiada apa yang dapat diucapkan untuk pertemuan malam itu selain Alhamdulillah yang teramat-amat dan terimakasih kepada semua, terimakasih kepada Sdr. Azham yang sudi menumpangkan pejabatnya untuk kami bertemu. Semoga usaha murni ini akan dipermudahkan dan diberkati. Sekian.
Salam Lebaran, salam kemaafan dari saya ; Jais Jamil.